Angka kematian banjir, tanah runtuh Vietnam cecah 105 orang

HANOI, 20 OKT – Banjir, tanah runtuh dan bencana alamnya akibat hujan lebat meragut 105 nyawa manakala 27 lagi hilang di tengah dan kawasan dataran tengah Vietnam semenjak awal Oktober, Jawatankuasa Pandu Pusat bagi Pencegahan dan Pengawalan Bencana Alam melaporkan hari ini.

Angka kematian itu meningkat daripada 90 orang dilaporkan kelmarin. Ia kebanyakannya dilaporkan di wilayah Quang Tri, Thua Thien-Hue dan Quang Nam, menurut laporan terkini jawatankuasa itu.

Antara insiden terbesar ialah kejadian tanah runtuh pada 13 Oktober yang membunuh 13 orang pegawai dan kakitangan tentera yang dikerahkan untuk menyelamat pekerja terperangkap dalam tanah runtuh di sebuah loji hidrokuasa di wilayah Thua Thie dan 22 lagi kakitangan tentera terbunuh dalam tanah runtuh yang menghempap pangkalan mereka di wilayah Quang Tri. –Xinhua