Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Angka kematian COVID-19 bertambah

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JAN – Satu lagi kes yang disahkan positif COVID-19 di Negara Brunei Darussalam telah meninggal dunia pada hari ini.

    Kes tersebut telah meninggal dunia setelah mengalami masalah paru-paru akibat dijangkiti COVID-19, jelas Kementerian Kesihatan dalam Siaran Akhbar Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, pada hari ini.

    Dengan yang demikian, negara kini mencatatkan jumlah keseluruhan kes kematian disebabkan COVID-19 seramai 59 orang.

    Sementara itu, sebanyak 18 kes baharu jangkitan COVID-19 telah dicatatkan pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 kepada 15,550 orang.

    Daripada jumlah kes baharu tersebut, lapan adalah kes tempatan dan 10 adalah kes import.

    Salah satu alat mesin penafasan yang digunakan untuk merawat pesakit COVID-19. Seorang pesakit disahkan positif COVID-19 di Negara Brunei Darussalam telah meninggal dunia, kelmarin.

    Kementerian Kesihatan menyatakan, jumlah kes baharu itu adalah hasil daripada 3,014 jumlah ujian makmal yang dilakukan dalam tempoh 24 jam yang lalu, oleh itu, kadar kes positif pada hari ini ialah sebanyak 0.6 peratus.

    Dalam kalangan kes-kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan, tidak ada kes yang berada dalam kategori 4 dan kategori 5.

    Enam kes pula telah disahkan sembuh yang membawa jumlah kes yang sembuh di Negara Brunei Darussalam kepada 15,337 kes dengan 111 kes aktif.

    Sementara itu, kadar pengisian di pusat-pusat pengasingan di seluruh negara atau bed occupancy rate ialah sebanyak 2.6 peratus.

    Bagi pencapaian Program Vaksinasi Kebangsaan setakat kelmarin, kadar keseluruhan penduduk yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin ialah 94.6 peratus dan 93.5 peratus pula telah menerima dua dos vaksin manakala itu, 25 peratus telah menerima tiga dos.

    Manakala itu, hasil sekatan pergerakan yang dijalankan semasa Operasi Peralihan dari 10 malam hingga 4 pagi tadi, tidak ada pelanggaran arahan telah didapati.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...