Angka kematian COVID-19 dunia lebih 350,000

PARIS, 27 MEI – Lebih daripada 350,000 kematian akibat COVID-19 direkodkan di seluruh dunia semenjak ia pertama kali muncul di China dalam Disember, menurut satu perkiraan yang dibuat oleh AFP dari sumber-sumber rasmi pada 0600 GMT.

Sejumlah 350,196 kematian dilaporkan daripada 5,589,389 kes, termasuk 173,713 di Eropah daripada 2,057,414 jangkitan. Amerika Syarikat mencatatkan angka kematian paling tinggi daripada mana-mana negara sebanyak 98,929 orang di hadapan Britain sebanyak 37,048, Itali 32,955, Perancis dengan 28,530 kematian dan Sepanyol 27,117 orang.

Jumlah kes yang didiagnos bagaimanapun mencerminkan hanya sejumlah kecil angka sebenar jangkitan ketika banyak negara hanya menguji kes serius sahaja atau mempunyai kapasiti ujian terhad. – AFP