DHAKA, 17 SEPT – Lebih 800 orang telah meninggal dunia akibat demam denggi, daripada 164,562 kes yang dilaporkan di seluruh Bangladesh setakat tahun ini, menurut data daripada jabatan kesihatan kelmarin.
Menurut data yang dikeluarkan oleh Direktorat Jeneral Perkhidmatan Kesihatan (DGHS) di bawah Kementerian Kesihatan, 804 kematian secara keseluruhan termasuk 211 dicatatkan pada September, 342 pada Ogos dan 204 pada Julai.
Menurut DGHS, 40,754 kes denggi direkodkan setakat ini pada September, selepas 71,976 pada Ogos dan 43,854 pada Julai.
Negara Asia Selatan itu merekodkan 14 lagi kematian dan 2,598 lagi jangkitan denggi dalam tempoh 24 jam sehingga 8 pagi waktu tempatan kelmarin. – Xinhua
