Angka kematian gempa Indonesia meningkat 91 orang

JAKARTA, 21 JAN – Angka kematian daripada gempa bumi 6.2 magnitud di wilayah Sulawesi Barat, Indonesia minggu lalu meningkat kepada 91 orang, menurut agensi pengurusan bencana kebangsaan dalam kenyataan di sini hari ini.

Sekurang-kurangnya 1,172 orang mengalami kecederaan akibat bencana alam itu, menurut jurucakap agensi itu, Raditya Jati, menambah 9,910 orang terpaksa melarikan diri dari kediaman mereka.

Satu status darurat bencana diisytiharkan di Sulawesi Barat semenjak Jumaat lalu, manakala Presiden Indonesia, Jokowi Widodo baru-baru ini melawat kawasan terjejas bencana gempa dan banjir.

Menurut Jowoki, kerajaan akan membina semula bangunan kerajaan yang runtuh dan perkhidmatan awam akan disambung segera.

Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan juga akan menghulurkan bantuan kewangan bagi pemilik rumah-rumah yang rosak. – Xinhua