Angka kematian harian Mexico melepasi 500

BANDAR RAYA MEXICO, 27 MEI – Jabatan kesihatan Mexico melaporkan 501 kematian dari koronavirus kelmarin, angka kematian tertinggi baharu dan kali pertama angka tersebut melepasi 500.

Angka kes baharu juga meningkat, dengan 3,455 kes jangkitan tambahan disahkan.

Mexico setakat ini merekodkan hampir 74,560 kes yang disahkan dan 8,134 kematian, meskipun pegawai memberitahu jumlah sebenar kes mungkin lebih tinggi disebabkan oleh kadar ujian yang rendah di Mexico.

Angka kematian harian Mexico kini menghampiri angka Amerika Syarikat (AS), kira-kira 620 kematian, dan Brazil mendahului dalam angka kematian harian dengan melebihi 800 orang.

Pengumuman dibuat selepas hari yang sama berpuluh-puluh orang profesional penjagaan kesihatan menghalang jalan raya utama di ibu negara selama sekurang-kurangnya satu jam untuk menuntut peralatan perlindungan diri. Mereka mempamerkan pakaian besar yang sepatutnya mereka pakai dan memegang sepanduk yang menuntut peralatan yang lebih baik. – AP

Seorang doktor sedang berehat di luar hospital di Bandar raya Mexico. Mexico melaporkan 501 kematian koronavirus iaitu angka kematian tertinggi baharu dan kali pertama angka tersebut melepasi 500. – AP