Angka kematian Iran cecah lebih 4,000

TEHRAN, 13 APRIL – Kementerian Kesihatan Iran hari ini melaporkan 111 lagi angka kematian akibat COVID-19, membawa jumlah keseluruhan angka kematian rasmi di negara itu kepada 4,585 orang.

Jurucakap kementerian, Kianoush Jahanpour mengatakan 1,617 jangkitan baharu membawa kepada jumlah jangkitan kepada 73,303 di negara itu, dengan 45,983 sudah sembuh.

“Trend jangkitan tampak stabil dan kes-kes jangkitan baharu menurun, yang dilihat dalam masa beberapa hari, juga berterusan dalam masa 24 jam lalu,” katanya memberitahu sidang media yang disiarkan di televisyen.

“Orang ramai perlu terus mengelak perjalanan tidak penting,” katanya, dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19. – AFP

Seorang lelaki Iran memakai penutup mulut dan hidung di hadapan tembok dilukis bendera Iran di Tehran, 13 April. Iran melaporkan 111 lagi kematian pandemik COVID-19, membawa jumlah kematian keseluruhan kepada 4,585 orang. – AFP