Monday, March 24, 2025
29.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Angka kematian kebakaran di California meningkat

    MENDOCINO, Amerika Syarikat, 8 Ogos – Beribu-ribu anggota bomba berjuang untuk memadamkan kebakaran yang memusnahkan California hari ini, tatkala angka kematian akibat kejadian yang berlaku sejak bulan lalu itu meningkat kepada 11 orang.

    Kebakaran yang digelar sebagai ‘Mendocino Complex’ itu kini hampir meranapkan kawasan seluas 300,000 ekar (120,000 hektar), kira-kira saiz Los Angeles dalam tempoh kurang dari dua minggu, merekodkannya sebagai kebakaran terbesar di California.

    Kira-kira 14,000 anggota bomba, termasuk anggota bantuan dari Australia dan New Zealand sedang bergelut memadamkan kebakaran yang hanya tinggal 34 peratus.

    Kebakaran yang dicetuskan oleh ‘Mendocino Complex’ itu juga telah memusnahkan kawasan seluas 48,920 ekar. Manakala satu lagi kejadian kebakaran telah meranapkan kawasan seluas 243,772 ekar.

    “Masih banyak kerja yang perlu dilakukan,” kata ketua operasi pemadam kebakaran, Charlie Blankenheim.

    Anggota bomba ketika memantau kebakaran tatkala mereka bergelut memadamkan api berhampiran Lodoga, California, kelmarin. – AFP

    “Tetapi kami mempunyai rancangan, kami menjangka akan memadam kebakaran tersebut dalam tempoh satu atau dua hari.”

    Akses terhad dan suhu tinggi antara cabaran yang perlu ditempuhi anggota pemadam api bagi menghalang kebakaran daripada cetus berleluasa, kata pihak berkuasa CalFire negeri itu.

    Secara keseluruhan, kebakaran yang dicetuskan oleh ‘Mendocino Complex’ telah memusnahkan sekurang-kurangnya 143 struktur, 75 daripada adalah rumah warga tempatan. Lebih daripada 11,000 struktur lain terdedah kepada ancaman kebakaran, menurut CalFire.

    Helikopter dan kapal terbang, termasuk dua jet DC-10 dan jet 747 telah dikerahkan untuk membantu memadamkan kebakaran tersebut.

    Seramai 11 orang terkorban dalam kejadian tersebut. Sementara itu, kebakaran Carr di utara telah membakar kawasan seluas 167,113 ekar sejak ia berlaku pada 23 Julai lalu, mengorbankan tujuh orang setakat ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda