Angka kematian kebakaran penjara meningkat 44

TANGERANG, 9 SEPT – Angka kematian daripada insiden kebakaran penjara di Indonesia hari ini meningkat kepada 44 orang, menurut pihak berkuasa, ketika keluarga segera menyerahkan sampel DNA bagi mengenal pasti jasad banduan.

Jumlah keseluruhan kekal pada 41 orang awal hari ini, selepas kebakaran meranapkan penjara penuh sesak di Tangerang, tidak jauh dari ibu negara, Jakarta pada awal Rabu.

Namun menteri keadilan Yasonna Laoly mengatakan tiga daripada lapan banduan yang cedera parah mati di hospital hari ini.

“Mayat mangsa masih di rumah mayat dan kami sedang menyelaraskan dengan keluarga mereka agar dapat diambil dan dikebumikan segera,” kata Laoly memberitahu wartawan.

Mayat itu bagaimanapun tidak memerlukan ujian DNA kerana masih boleh dikenal pasti, meskipun mengalami lecur 90 peratus di tubuh akibat kebakaran, katanya. – AFP