Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Angka kematian Korea Selatan melonjak, AS keluar amaran

    SEOUL, 15 FEB – Korea Selatan hari ini mencatatkan jumlah kematian tertinggi akibat COVID-19 dalam tempoh sebulan ketika pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menasihatkan warganya untuk mengelak daripada membuat perjalanan ke negara yang bergelut dengan peningkatan varian Omircon itu.

    Sebanyak 61 kematian dilaporkan oleh Agensi Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Korea (KDCA) hari ini dan angka itu adalah kadar harian tertinggi sejak 74 kematian yang dicatatkan pada 19 Januari, apabila negara berusaha menangani penularan yang dipacu oleh varian Delta.

    Dengan Omicron setakat ini dilihat kurang menyebabkan penyakit serius atau kematian, penularan meluas mengakibatkan kerisauan bahawa jumlah mereka yang dimasukkan ke hospital dan kematian akan meningkat dalam beberapa minggu akan datang.

    Kira-kira 57,177 kes baharu direkodkan oleh KDCA yang merupakan satu lagi hari yang mencatatkan peningkatan lebih 12 kali ganda daripada tahap yang dialami pada pertengahan Januari, ketika Omicron menjadi strain dominan.

    Pusat bagi Pengawalan Penyakit dan Pencegahan AS mengemas kini notis perjalanannya bagi Korea Selatan kepada tahap 4, risiko tertinggi, menasihatkan warganya untuk mengelak daripada membuat perjalanan ke negara itu atau memastikan mereka sudah menerima vaksin lengkap jika perlu membuat perjalanan.

    Park Hyang, pegawai kesihatan tinggi Kementerian Kesihatan Korea Selatan, berkata sumber hospital negara kekal stabil, dengan kurang daripada 27 peratus daripada unit rawatan intensif dikhaskan untuk COVID-19 ketika ini telah diisi. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...