Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Angka kematian ribut Brazil meningkat 165 mangsa

    RIO DE JANEIRO, 21 FEB – Jumlah kematian akibat hujan lebat yang mencetuskan banjir kilat dan tanah runtuh di bandar Petropolis, Brazil telah meningkat kepada 165 mangsa, kata pihak berkuasa kelmarin, ketika lebih banyak ribut kencang membunuh dua orang di wilayah lain yang berdekatan.

    Anggota penyelamat dan penduduk yang mencari ahli keluarga mereka yang hilang terus menggali timbunan lumpur dan runtuhan di Petropolis, yang mana presiden Jair Bolsonari berkata pada Jumaat lalu bahawa ia kelihatan seperti selepas dilanda peperangan.

    Tidak jelas berapa jumlah kematian yang meningkat akan berterusan.

    Tidak mungkin ada lagi mangsa yang terselamat akan ditemui di bawah serpihan itu, kata pihak berkuasa.

    Mangsa-mangsa yang maut termasuk sekurang-kurangnya 28 kanak-kanak, kata polis.

    Cuaca teruk terus melanda Brazil apabila hujan lebat melanda negeri tenggara Espirito Santo kelmarin.

    Ribut yang baru melanda itu membunuh sekurang-kurangnya dua orang, kata pegawai kecemasan di Espirito Santo, yang bersempadan dengan negeri Rio de Janeiro, di mana Petropolis terletak.

    Seorang dihempap runtuhan tembok dan terbunuh di bandar Alegre, dan seorang lagi hanyut cuba menyelamatkan kereta daripada banjir teruk di bandar Nova Venecia, kata pegawai.

    Ribut itu memaksa lebih 1,200 orang berpindah dari rumah mereka dan memusnahkan 43 buah lagi rumah, kata mereka.

    Ia adalah yang terbaharu dalam siri ribut maut yang melanda Brazil, menurut pakar ribut tersebut menjadi semakin teruk disebabkan perubahan iklim.

    Dalam tempoh tiga bulan lalu, sekurang-kurangnya 219 orang maut dalam ribut hujan yang teruk, terutamanya di negeri tenggara Sao Paulo dan negeri timur laut Bahia, serta Petropolis dan kini Espirito Santo. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...