Angka kematian tanah runtuh meningkat 56 orang

YANGON, 12 OGOS – Angka kematian dalam satu kejadian tanah runtuh yang menimbus hampir puluhan rumah-rumah kampung di tenggara Myanmar meningkat kepada 56 orang, menurut pegawai hari ini.

Tanah runtuh melanda sebuah kampung di bandar Paung pada Jumaat. Seorang ahli parlimen dari Paung, Zaw Zaw Htoo yang tiba di tempat kejadian pada hujung minggu, mengatakan tiga lagi mayat ditemui pagi ini, menambah jumlah kematian kepada 56 orang.

Pegawai atasan di negeri Mon, Aye Zan yang sudah melawat tapak kejadian dan penduduk kampung yang dipindahkan ke sebuah kem bantuan bagi melarikan diri daripada banjir susulan hujan lebat.

Menurut Pejabat Penyelaras bagi Hal Ehwal Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, banjir monsun menjejaskan lebih 7,000 orang minggu lalu di negeri Mon.

Selain tanah runtuh di Paung, rumah-rumah dan sekolah di bandar-bandar lain turut dihanyutkan, jalan raya terhalang dan kampung-kampung ditenggelami air.

Hampir 12,000 orang sudah pun dipindahkan di Myanmar minggu lalu sahaja, membawa jumlah mereka yang berada di pusat pemindahan kepada lebih 38,000 orang, menurut PBB. – AP

Gambar dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Bomba Myanmar menunjukkan kerja-kerja menyelamat oleh anggotanya di tapak tanah runtuh di bandar Paung, negeri Mon, Myanmar. Tanah runtuh di kawasan itu menguburkan lebih puluhan buah rumah, menurut jabatan itu. – AP