BLANTYRE, MALAWI, 14 MAC – Angka kematian akibat taufan tropika Freddy melanda Malawi mencecah 99 nyawa dengan 85 kematian direkodkan di bandar komersial Blantyre kelmarin.
Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Bencana dan Pengurusan (DoDMA), Charles Kalemba, mengesahkan perkembangan itu pada taklimat media yang diadakan di Blantyre petang kelmarin, sambil menambah bahawa beribu-ribu penduduk telah dipindahkan, lapor Xinhua.
Kalemba berkata hampir 150 orang mengalami kecederaan serius di 10 daerah yang terjejas teruk akibat taufan itu.
Taufan itu juga telah memusnahkan infrastruktur jana kuasa, menyebabkan hampir seluruh negara mengalami gangguan bekalan elektrik sejak pagi kelmarin. – Bernama
