Saturday, March 25, 2023
22.9 C
Brunei

-

Angka korban akibat hujan lebat meningkat

RIO DE JANEIRO, 3 JUN – Angka korban akibat hujan lebat yang melanda bandar raya Recife dan di negeri Pernambuco, Brazil pada minggu lalu, meningkat kepada 126 orang, dengan dua lagi mangsa masih hilang, menurut laporan Xinhua.

Kerajaan negeri Pernambuco kelmarin memaklumkan sekurang-kurangnya 9,302 orang terpaksa berpindah selepas banjir yang mencetuskan tanah runtuh menimbus berpuluh-puluh rumah di Recife.

Kejadian itu adalah tragedi terburuk pernah berlaku di Pernambuco sejak permulaan abad ke-21 dan kedua terburuk dalam sejarah negeri selepas banjir Mei 1966 menyebabkan air Sungai Capibaribe melimpah yang meragut 175 nyawa.

Anggota bomba dan askar sedang berusaha untuk mencari dua mangsa yang hilang dengan bantuan anjing penyelamat.

Sebanyak 31 majlis perbandaran di Pernambuco mengisytiharkan darurat.

Kerajaan persekutuan telah mengumumkan pengeluaran peruntukan kira-kira AS$200 juta untuk membaik pulih kawasan yang terjejas.

Hujan lebat turut menjejaskan negeri Sergipe, Alagoas, Paraiba dan Rio Grande do Norte, di wilayah timur laut Brazil. Di Alagoas, empat orang terbunuh manakala kira-kira 12,000 hilang tempat tinggal. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun tingkat kerjasama

TOKYO, 23 MAC - Jepun dan Korea Selatan hampir serentak menarik tuntutan eksport mereka terhadap satu sama lain sebagai tanda terbaharu hubungan yang bertambah...
- Advertisment -