Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Angka korban banjir di Durban hampir cecah 400

    DURBAN, AFRIKA SELATAN, 15 APRIL – Polis, tentera dan anggota sukarelawan hari ini memperluas usaha mencari puluhan orang yang masih hilang lima hari selepas ribut paling teruk melanda bandar pantai Afrika Selatan Durban ketika angka kematian meningkat kepada hampir 400.

    Banjir yang tidak pernah berlaku sebelum ini, yang menjejas hampir 41,000 penduduk, membunuh sekurang-kurangnya 395 orang.

    “Jumlah kematian terus meningkat dengan angka terbaharu mencecah 395,” kata ketua kementerian pengurusan bencana serantau Sipho Hlomuka dalam satu kenyataan.

    Dengan kerajaan menyelaras operasi mencari dan menyelamat, jumlah rasmi orang yang hilang di wilayah KwaZulu-Natal mencecah 55 orang.

    Armada kereta dan helikopter yang membawa pakar polis dilancarkan awal hari ini untuk mencari 12 orang yang dilaporkan hilang dalam banjir di lembah pinggir bandar Marianhill, barat Durban, menurut wartawan AFP.

    Travis Trower, pengarah pertubuhan Rescue South Africa, berkata kumpulannya hanya menemui mayat selepas menerima 85 panggilan semalam. – AFP

    Pemandangan udara menunjukkan masjid yang runtuh selepas banjir kilat di Durban kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...