Thursday, December 7, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Angka korban gempa Filipina meningkat kepada 9

    MANILA, 20 NOV – Jumlah orang yang terbunuh dalam gempa bumi kuat di selatan Filipina telah meningkat kepada sembilan, kata agensi bencana negara hari ini, memberi amaran bahawa jumlah korban mungkin meningkat lagi.

    Orang ramai melarikan diri ke jalan-jalan raya atau bersembunyi di bawah meja apabila gempa bumi berukuran 6.7 magnitud melanda wilayah Mindanao pada Jumaat lalu, menyebabkan bangunan-bangunan bergegar dan sebahagian siling di dalam pusat beli-belah runtuh.

    Sekurang-kurangnya 15 orang cedera dan lebih 800 buah rumah rosak atau musnah, kata Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan dalam kemas kini terbaharunya.

    Angka kematian semakin meningkat pada hujung minggu apabila pasukan
    pencari menemui lebih banyak mayat tertimbus di bawah runtuhan atau tanah.

    Operasi mencari sebahagian besarnya telah berakhir, namun agensi bencana itu berkata ia masih menerima data daripada berpuluh-puluh kampung yang terjejas akibat gempa bumi itu. – AFP

    Gambar yang diambil pada 19 November lalu menunjukkan seorang penduduk memeriksa rumahnya yang musnah di bandar Glan, wilayah Sarangani, selepas gempa bumi berukuran 6.7 magnitud melanda wilayah itu. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China jadi contoh dunia bagi hak asasi manusia

    BEIJING, 5 DIS – China kelmarin menganjurkan seminar sempena ulang tahun ke-75 Deklarasi Hak Asasi Manusia Dunia di Beijing yang disertai lebih 70 peserta...