Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Angka korban gempa Indonesia meningkat

    JAKARTA, 27 FEB – Usaha mencari diteruskan hari ini di kawasan paling teruk terjejas di pulau Sumatera Indonesia selepas gempa kuat membunuh sekurang-kurangnya 10 orang, mencederakan hampir 400 yang lain dan menyebabkan ribuan kehilangan tempat tinggal, menurut pegawai bencana.

    Penyelamat menemui dua mayat lewat kelmarin daripada runtuhan kediaman akibat gempa berukuran 6.2 magnitud yang menggegarkan wilayah barat Sumatera pada pagi Jumaat, menurut jurucakap Agensi Mitigasi Bencana Kebangsaan, Abdul Muhari. Manakala enam lagi terkorban di daerah Pasaman dan empat lagi di kejiranan daerah Barat Pasaman, katanya. Penyelamat masih mencari empat lagi yang penduduk kampung dipercayai tertimbus dalam lumpur yang turun dari kawasan bukit sekeliling disebabkan oleh gempa.

    Sekurang-kurangnya 388 orang tercedera akibat gempa yang gegarannya dapat dirasai sehingga ke Malaysia dan Singapura, dan kira-kira 41 masih menerima rawatan daripada kecederaan serius, kata Muhari.

    Lebih 13,000 orang meninggalkan rumah mereka ke penempatan sementara, kebanyakan kawasan paling terjejas di daerah Pasaman dan Pasaman Barat, kawasan palin hampir dengn pusat gegaran dengan 1,400 buah rumah dan bangunan mengalami kerosakan, menurut Muhari dalam kenyataan.

    Indonesia, negara yang mempunyai banyak pulau dan 270 juta penduduk, sering dilanda gempa, letusan gunung berapi dan tsunami kerana kedudukannya di Lingkaran Api Pasifik.

    Kejadian gempa besar sebelum ini berlaku pada Januari 2021 apabila gempa berukuran 6.2 magnitud membunuh sekuran-kurangnya 105 orang dan mencederakan hampir 6,500. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...