Thursday, February 27, 2025
30.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Angka korban nahas pesawat tentera Sudan meningkat kepada 46

    KAHERAH, 26 FEB – Angka kematian akibat nahas pesawat tentera Sudan di bandar Omdurman meningkat kepada sekurang-kurangnya 46 orang, kata pegawai hari ini.

    Pejabat media Khartoum berkata nahas itu turut mencederakan 10 orang lain. Angka kematian awal sebanyak 19 orang sebelum ini dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan.

    Pesawat Antonov itu terhempas kelmarin ketika berlepas dari pangkalan udara Wadi Sayidna di utara Omdurman, menurut kenyataan tentera. Omdurman merupakan bandar kembar kepada ibu negara, Khartoum.

    Pejabat media juga melaporkan nahas tersebut turut merosakkan beberapa rumah di daerah Karrari, Omdurman.

    Tentera sebelum ini menyatakan anggota angkatan bersenjata dan orang awam terbunuh dalam nahas itu, tetapi tidak memberikan angka khusus. Punca nahas masih belum dikenal pasti.

    Kementerian Kesihatan menyatakan bahawa beberapa mayat telah dipindahkan ke Hospital Nau di Omdurman. – AP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda