Saturday, February 15, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Angka maut di Gaza cecah 11,000 orang

    GAZA, 14 NOV – Sekurang-kurangnya 11,540 rakyat Palestin telah terkorban ketika pengeboman Israel di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat memasuki hari ke-38 kelmarin.

    Kementerian Kesihatan Palestin memberitahu lebih 28,200 orang rakyat Palestin dilaporkan cedera manakala sekurang-kurangnya 3,250 lagi masih hilang atau tertimbus di bawah runtuhan, termasuk 1,700 orang kanak-kanak.

    Seramai 202 orang kakitangan kesihatan dan 36 orang anggota Pertahanan Awam turut terbunuh manakala lebih 130 lagi cedera, 60 buah ambulans rosak, termasuk 53 yang tidak lagi berfungsi sepenuhnya, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA) memetik kementerian itu.

    Operasi pengeboman di sekitar Hospital Al-Shifa iaitu hospital utama di Bandaraya Gaza diperhebat sejak 11 November, apabila infrastruktur penting dibedil hingga melumpuhkan operasinya termasuk stesen pengudaraan, tangki air dan perigi, kemudahan jabatan kardiovaskular serta wad bersalin manakala tiga orang jururawat turut maut.

    Kira-kira enam orang anak damit pramatang dan sekurang-kurangnya 15 orang pesakit meninggal dunia kerana hospital tidak lagi berfungsi akibat ketiadaan bahan api.

    Persatuan itu mengecam “dakwaan palsu tentera pendudukan (Israel) mengenai lelaki bersenjata melepaskan tembakan dari dalam hospital Al-Quds.” – Bernama

    Rakyat Palestin mengusung mayat yang terbunuh semasa pengeboman Israel di Semenanjung Gaza pada 14 November 2023. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda