WASHINGTON, 20 OKT – Lebih 30 juta rakyat Amerika Syarikat (AS) sudah mengundi dalam pilihan raya presiden tahun ini, kira-kira lima kali ganda jumlah undi untuk tempoh sama pada 2016, lapor agensi berita Sputnik
“Sebanyak 30,242,866 undi diterima berdasarkan laporan negeri-negeri,” menurut laman web projek pilihan raya AS, memetik data rasmi negeri, kelmarin.
Pentadbir laman web itu, Professor Michael McDonald dari Universiti Florida berkata, pada tempoh perbandingan pada 2016, hanya 5.9 juta undi diterima. – Bernama