
BANDAR SERI BEGAWAN, 11 April – Kejadian kebakaran sebuah rumah dua tingkat di Rancangan Perumahan Negara Kampung Mentiri, Jalan Kota Batu pada 5 April lalu adalah berpunca daripada perbuatan khianat di mana seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun telah ditangkap.
Pemangku Pegawai Pemerintah Daerah Polis Brunei dan Muara, Supt Pengiran Haji Salam bin Pengiran Haji Abdul Ghani menjelaskan, dengan bukti-bukti yang telah diperoleh dan keterangan-keterangan saksi, pihak Daerah Polis Brunei dan Muara telah menangkap Haji Mohd Faizal bin Haji Wasli yang tidak bekerja sejurus kejadian dilaporkan. (Klik di sini untuk cerita lanjut)