Angkasawan amatur maut roket ciptaan sendiri terhempas

LOS ANGELES, 24 FEB – Seorang angkawasan amatur yang bertekad mahu membuktikan Bumi ini leper terbunuh, apabila roket ciptaannya sendiri terhempas dalam satu insiden di California, lapor Science Channel.

“Michael ‘Mad Mike’ Hughes meninggal dunia dalam keadaan penuh tragik, Sabtu lalu menerusi cubaan untuk melancarkan roket buatan sendiri.

“Kami turut berduka dan berharap keluarga mendiang tabah menerima dugaan ini,” kata saluran itu, yang juga sebahagian daripada Discovery Channel di Twitter.

Hughes, 64, yang juga pelakon lagak ngeri memasukkan dirinya sendiri ke dalam roket berkuasa wap yang dibina di bahagian belakang rumahnya di Barstow, California, sebelum melancarkan alat berkenaan. – AFP

In this Saturday afternoon, Feb. 22, 2020, photo “Mad” Mike Hughes rocket takes off, with what appears to be a parachute tearing off during its launch near Barstow, Calif. Hughes, a California man who said he wanted to fly to the edge of outer space to see if the world is flat or round has died after his home-built rocket blasted off into the desert sky and plunged back to earth. “Mad” Mike Hughes, 64, was killed on Saturday after his rocket crashed. (Mercedes Blackehart via AP)