BEIJING, 9 DIS – Angkasawan-angkasawan China hari ini mengadakan kelas sains dari stesen angkasa lepas yang masih dalam pembinaan.
Kuliah menumpukan subjek fizik, berhasrat untuk memberi ilustrasi bagaimana persekitaran nirberat mempengaruhi keapungan, gerakan objek dan optik.
Para pelajar dari lima bandar termasuk Beijing dan rantau Hong Kong, menghujani astronaut dengan soalan-soalan tentang keadaan hidup di angkasa lepas, selain mereka dibawa menjelajahi stesen itu secara maya. Acara itu juga dibukakan kepada orang awam menerusi siaran langsung.
Wang Yaping, satu-satunya wanita di stesen itu, bertugas sebagai pengajar utama, sementara Ye Guangfu pembantu dan panglima besar Zhai Zhigang mengendalikan kamera. – AP