Angkawasan wanita AS pertama buat ‘spacewalk’

WASHINGTON, 18 OKT – Angkawasan Amerika Syarikat (AS) Christina Koch dan Jessica Meir menjadi angkawasan wanita pertama menjalankan aktiviti ‘spacewalk’ hari ini, satu peristiwa bersejarah tatkala NASA bersedia untuk menghantar wanita pertama ke Bulan.

Misi itu pada mulanya dirancang pada awal tahun ini tetapi terpaksa dibatalkan disebabkan kekurangan baju angkasa lepas yang sesuai, membawa kepada dakwaan seksisme.

“Christina, kamu boleh keluarkan sendat udara,” beritahu ahli perhubungan angkasa lepas Stephanie Wilson kepada pasangan itu ketika mereka bertolak untuk mengganti alat kawalan kuasa di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa pada 1138 GMT.

Mereka memulakan misi dengan pemeriksaan keselamatan standard pada pakaian mereka, sebelum memulakan perjalanan untuk membaiki tapak di bahagian pelabuhan stesen, di mana Bumi boleh kelihatan dari tempat mereka.

Dalam panggilan kepada wartawan beberapa minit sebelum itu, pentadbir NASA Jim Bridenstine menekankan kepentingan peristiwa pada hari itu. – AFP

Gambar yang dikeluarkan oleh NASA pada 17 Oktober menunjukkan angkasawan AS Jessica Meir (kiri) dan Christina Koch bergambar di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa. – AP