Friday, August 12, 2022
26.5 C
Brunei

Animasi Upin Ipin menang lagi

-

Siri animasi Malaysia, Upin & Ipin memenangi kategori Program Animasi Asing menerusi Anugerah Penyiaran Ramah Anak (APRA) 2021 di Jakarta, Indonesia pada 27 November lalu.

Ia adalah kemenangan kali kedua berturut-turut bagi animasi Upin & Ipin selepas merangkul kategori sama, tahun lalu.

Pengarah Kandungan Kreatif Les’Copaque Production Sdn Bhd, Nur Naquyah Burhanuddin berkata, ini adalah satu pencapaian yang membanggakan apabila Upin dan Ipin berjaya mengalahkan program animasi dari Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS).

“Ini membuktikan Upin dan Ipin berjaya memartabatkan animasi tempatan ke peringkat antarabangsa.

“Jadi, tekaan sesetengah pihak yang beranggapan Upin dan Ipin hanya jaguh kampung meleset sama sekali.

“Upin dan Ipin sudah sampai ke Indonesia dan berjaya membawa pulang trofi, mengalahkan animasi dari Korea Selatan, AS dan lain-lain negara.

“Bukan sekali, tetapi dua kali berturut-turut. Jadi, benarlah Upin dan Ipin adalah siri animasi kesayangan Indonesia,” katanya.

APRA 2021 dianjurkan Komisi Penyiaran Indonesia (KPI) yang memberi anugerah kepada program televisyen (TV) di Indonesia.

Naquyah berkat, siri Upin dan Ipin yang ditayangkan menerusi stesen MNCTV sejak 2010 adalah program animasi paling digemari.

“Ia dimainkan selama lima jam dalam sehari di stesen MNCTV dan memperoleh rating sangat tinggi.

“Tidak hanya itu, Upin dan Ipin ditayangkan menerusi platform Disney+ Hotstar, animasi ini menduduki tangga kedua dalam kelompok animasi. Ia sekali gus membuktikan Upin dan Ipin adalah siri animasi ditonton ramai,” katanya.

Kata Naquyah, Upin dan Ipin akan tampil dengan musim ke-16, tahun hadapan.

“Setiap tahun kami akan menghasilkan 42 episod untuk setiap musim.

“Namun, tiada perancangan buat filem Upin dan Ipin, sebaliknya, perancangan ke arah menghasilkan filem Puteri dan Dongeng Sang Kancil,” katanya.

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

DXY disekat kritik rawatan herba COVID

BEIJING, 11 OGOS – Sebuah laman web perubatan China yang popular telah ditapis oleh pihak berkuasa kerana 'melanggar undang-undang dan peraturan yang berkaitan', beberapa...
- Advertisment -