Friday, December 6, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anjing liar semakin banyak berkeliaran

    Ketika melintas di kawasan perniagaan Tungku Link, jalan Kiarong dan Sungai Hancing saya melihat banyak anjing liar berkeliaran mungkin lebih 10 ekor.

    Kebanyakan anjing ini bebas berkeliaran terutama tengah malam dan sering berlari ke tengah jalan atau menghampiri dan mengejar penunggang motosikal yang sedang melalui kawasan tersebut.

    Insiden ini sangat membahayakan kerana penunggang motosikal terpaksa mengelak atau membrek secara mengejut, yang boleh menyebabkan kemalangan atau kecederaan.

    Oleh itu, saya memohon agar pihak berkuasa mengambil tindakan segera untuk menangani masalah anjing-anjing liar yang semakin bertambah populasinya.

    Mungkin pihak berkuasa perlu menangkap dan menyimpannya di suatu tempat untuk mengawal pembiakannya bagi mengelak penyakit rabies.

    Selain itu, pemilik anjing juga harus mematuhi peraturan untuk memastikan anjing mereka terkawal, bebas penyakit dan tidak berkeliaran di tempat awam tanpa tali.

    Pemilik anjing juga perlu bertanggungjawab terhadap keselamatan mangsa jika terjadi kemalangan yang berkaitan dengan gangguan akibat anjing mereka.

    Saya juga memohon kerjasama pemilik-pemilik untuk menjalankan tanggungjawab mereka dalam memastikan haiwan peliharaan tidak mengganggu ketenteraman awam.

    Valentino Rosli

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda