AVIGNON, Perancis, 6 Mac 2013 – Seekor anjing German Shepherd milik seorang wanita Perancis menyelamatkan tuannya daripada membunuh diri dengan menghantukkan kepada pada senapang yang digunakan untuk mengalihkan tembakan, polis setempat berkata.
Wanita berusia 63 tahun itu berjalan ke sebuah taman di pekan selatan Sorgues di rantau Vaucluse, di mana dia melepaskan tembakan percubaan menggunakan sepucuk senapang 22-kaliber dan kemudian memusingkan senapang itu ke dadanya.
“Saat dia menarik pemacu, anjingnya melompat ke arahnya dan mengalihkan tembakan berkenaan,” seorang pegawai polis setempat memberitahu AFP, menambah bahawa anjing itu ‘mungkin merasakan sesuatu yang tidak kena dan melompat ke arahnya untuk menyelamatkannya’.
Wanita berkenaan ditemui suaminya dalam keadaan sedar namun mengalami kecederaan di dada. Dia dibawa ke hospital tetapi kecederaannya tidak dianggap membahayakan nyawanya.