SEBUAH tempat perlindungan anjing di Nikopol, wilayah Dnipropetrovsk Ukraine, baru-baru ini menerima panggilan daripada seorang pencinta haiwan untuk membantunya menyelamatkan seekor anjing yang telah jatuh ke saliran longkang yang terdedah dan telah terperangkap di sana selama tiga tahun.
Kisah yang mengejutkan ini telah dikongsikan pada 2 Julai lalu, di salah satu halaman anjing awam di Facebook oleh Elena Omelchenko, seorang sukarelawan di pusat perlindungan anjing Nikopol. Ternyata, seorang gadis bernama Lena telah menelefon pusat perlindungan itu dan cuba memberitahu mereka untuk menyelamatkan seekor anjing yang telah terjatuh ke dalam saliran yang tidak diketahui, tiga tahun yang lalu, dan telah berada di sana sejak dari itu. Lena dan orang lainnya yang baik hati telah melemparkan makanan anjing, tetapi, mereka tidak berdaya untuk menyelamatkannya.
“Untuk mengatakan bahawa kami sangat terkejut tentang perkara ini akan menjadi kenyataan,” tulis Elena di Facebook. “Bagaimana??? Mengapa tiada seorang pun yang membantu haiwan itu selama tiga tahun (tahun, bukan hari, minggu ataupun bulan)???”
Lena telah memberitahu sukarelawan di pusat perlindungan anjing itu sejak tiga tahun yang lalu, dia telah menghubungi Kementerian bagi Situasi Kecemasan – di mana dia diberitahu bahawa mereka tidak menguruskan perkara seperti itu – pelbagai aktivis dan juga pengendali anjing profesional, tetapi tidak ada yang menyatakan keinginan untuk membantu. Dia dan lain yang mengetahui mengenai situasi itu cuba menyelamatkan anjing itu sendiri, tetapi sistem pemanasan bawah tanah terdiri daripada rangkaian yang sempit dan rumit itu telah menyukarkan bantuan mereka – di mana anjing itu berada.
Elena dan rakan-rakannya memahami bahawa mereka memerlukan seseorang yang berpengalaman dalam menyelamatkan dan menangani tekanan yang dihadapi oleh anjing itu. Nasib baik, mereka menjumpai seseorang yang sesuai dan mahir bagi masalah ini.


“Sasha Dunaev adalah wira kami, penyelamat anjing terbaik di dunia, berjaya menariknya!” Kata Elena. “Ya, dia menggigit tangannya, ya, itu adalah operasi menyelamat yang paling rumit yang pernah kami lakukan, dan kami sangat gembira dapat menyelamatkannya!
“Selama hampir seminggu, anjing yang kami panggil Alexandra, sebagai penghormatan kepada ‘the Savior’ (Tsar Alexander II), telah tinggal di tempat perlindungan kami,” kata Elena. “Sudah tentu, ia masih takut, kerana ia perlu membiasakan diri dengan bunyi dan bau di sekelilingnya, orang dan anjing lain.”
Setelah mengetahui bahawa Alexandra sentiasa bersembunyi di kawasan sudut rumahnya, petugas pengawal anjing telah meletakkan kerusi besar di sana agar ia dapat bersembunyi di belakangnya. Ini sangat membantu, kerana ia nampaknya lebih santai di ruang selamatnya yang baru itu.
Dalam catatan di Facebooknya, Elena Omelchenko mengatakan bahawa tempoh penyesuaian Alexandra akan lebih pendek dan lebih mudah di bawah penjagaan seseorang yang dapat mendedikasikan lebih banyak masa, penjagaan dan kasih sayang kepadanya, daripada apa yang mereka boleh lakukan, di tempat perlindungan.
Pos itu telah dikongsi beratus-ratus kali, dan orang ramai memuji Elena dan rakan-rakannya kerana telah menyelamatkan anjing itu, tetapi setakat ini tiada seorang pun yang menyatakan minat untuk mengambil Alexandra. Diharapkan, ia dapat mencari sebuah keluarga yang dapat membantunya melupakan pengalamannya selama tiga tahun itu.