Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Anna Jobling lebarkan sayap ke Indonesia

    Anna atau nama sebenar, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman bersyukur semakin dikenali peminat Malaysia dan Indonesia selepas muncul dalam drama bersiri Melur Untuk Firdaus yang disiarkan TV3.

    “Pindah sana untuk bekerja, iya, tetapi untuk menetap selama-lamanya di Indonesia, mungkin tidak.

    “InsyaAllah, saya pun tidak tahu rezeki yang akan diberi Tuhan, kalau ada rezeki tak ke mana. Kemungkinan untuk saya menetap dan bekerja di sana ada.

    “Pastinya akan kerap pulang ke tanah air kerana keluarga semua di Malaysia. Sebelum ini, saya pulang ke England pun, rasa tidak sabar nak kembali ke tanah air,” ujarnya.

    Berkongsi mengenai kunjungannya ke Indonesia, baru-baru ini, Anna memberitahu, kehadirannya di republik itu adalah untuk berbincang mengenai beberapa tawaran, selain mengintai peluang melebarkan sayapnya di sana.

    “Iya, selain memenuhi jemputan stesen televisyen (TV), kami berbincang untuk beberapa projek akan datang.

    “Ibaratnya kami ke sana seperti ‘test water’ (menilai situasi sebelum mengambil langkah seterusnya),” jelas Anna.

    Disoal mengenai sambutan peminat Indonesia, Anna meluahkan rasa teruja.

    “Paling istimewa apabila mendapat ratusan hadiah. Antaranya ada yang menanam ratusan pokok di bawah nama saya,” katanya. – Agensi

    Anna Jobling bersyukur semakin dikenali peminat Malaysia dan Indonesia. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...