Anna Kendrick tidak gembira penggambaran Twilight

Seorang pelakon Hollywood, Anna Kendrick mendedahkan pengalamannya menjalani penggambaran filem popular Twilight sekitar tahun 2008 adalah sesuatu yang tidak digemari.

Dia menganggap pengalaman itu sebagai peristiwa traumatik seperti ‘menyelamatkan diri dalam situasi tebusan’.

“Penggambaran filem pertama Twilight yang dijalankan di Portland, Oregon, ketika itu berdepan dengan cuaca sangat sejuk dan saya merasa sengsara sepanjang berada di sana.

“Saya hanya ingat kasut Converse saya basah kuyup dan merasakan seperti ‘ini sebuah kumpulan yang menyeronokkan dan saya yakin kami boleh berkawan pada waktu lain, tetapi saya mahu bunuh semua orang,” katanya ketawa.

Walaupun, ia seperti satu ikatan. Ada sesuatu tentangnya, terasa seperti anda melalui peristiwa trauma, seperti anda bayangkan orang terselamat dalam situasi tebusan dan anda terkurung di dalamnya seumur hidup.” – Agensi

Anna Kendrick menganggap pengalaman penggambaran Twilight sebagai peristiwa traumatik. – Agensi