Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Anna raikan peminat di Jakarta

    Pelakon Anna Jobling, 22, menunaikan permintaan peminat di Jakarta, Indonesia dengan menganjurkan majlis rumah terbuka istimewa, semalam.

    Selain terbang ke Jakarta atas urusan kerja, Anna berkata rumah terbuka dilakukan di Jakarta kerana mahu berlaku adil dengan peminat dari Malaysia dan Indonesia.

    “Majlis berbuka puasa sudah dilakukan di Kuala Lumpur, jadi saya berniat mahu anjurkan rumah terbuka di Jakarta pula.

    “Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan diuruskan pihak pengurusan dan kelab peminat Indonesia. Jika ikutkan, ini kali ketiga saya ke Jakarta bertemu peminat selepas kali pertama hadir bersama Merqeen,” katanya kepada BH Online.

    Mengulas isu tidak mahu berkongsi alamat kediaman keluarga di Melaka sehingga dikecam, Anna atau nama sebenarnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman berkata, kenyataan itu disalah tafsir, kononnya tidak mahu peminat datang menyerbu ke rumah ketika Aidilfitri lalu.

    Anna mengadakan rumah terbuka di Jakarta bagi memenuhi permintaan peminatnya. – Agensi

    “Semuanya hanya salah faham yang timbul daripada tajuk artikel. Ruang kediaman keluarga saya di Melaka sangat kecil.

    “Jadi, bila wartawan bertanya adakah saya menerima kunjungan peminat pada Hari Raya, saya mengakui tidak berkongsi alamat kerana tidak mahu tetamu yang datang tidak selesa dengan ruang sempit.

    “Lagi pun, keluarga juga mahukan privasi meraikan Syawal,” katanya.

    Tambah Anna, setakat ini, tidak timbul sebarang isu jika ada yang beranggapan tidak berlaku adil dengan peminat di Malaysia dan Indonesia.

    “Bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak. Tetapi, peminat sangat memahami dan tidak putus menyokong kerjaya saya.

    “Jadi, tiada isu pilih kasih. Saya juga memang cuba yang terbaik untuk meluangkan masa bersama peminat jika ada waktu lapang,” katanya.

    Dalam perkembangan lain, selain mengambil peluang bertemu dengan peminat di Indonesia, Anna juga ke negeri seberang atas urusan kerja.

    “Sebelum ini, ada beberapa tawaran pihak produksi, namun saya terpaksa menolak atas sebab jadual padat di Malaysia.

    “Jadi, pihak pengurusan cuba menyusun jadual dan mempertimbangkan beberapa tawaran yang datang,” katanya.

    Sementara itu, Anna berkongsi perasaan teruja apabila namanya membolosi pencalonan awal Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-35.

    Anna dicalonkan dalam kategori BBNU Wanita Popular, Aktres TV Popular, Couple Drama Popular dan Drama Popular menerusi drama Melur Untuk Firdaus. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...