Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Anne Heche koma selepas kemalangan kereta

    Aktres Hollywood, Anne Heche, 53, masih berada dalam keadaan koma selepas melecur teruk apabila kereta dipandunya merempuh kediaman sehingga terbakar di Mar Vista, Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).

    Menerusi portal TMZ, polis Los Angeles sedang menjalankan siasatan sama ada Heche memandu di bawah pengaruh dadah atau alkohol kerana didakwa melakukan dua langgar lari sebelum menyelinap masuk dalam sebuah kediaman, sebelum berlaku kebakaran.

    Pelakon filem I Know What You Did Last Summer itu memberitahu, Heche tidak sedarkan diri, koma dan kini berada dalam keadaan kritikal.

    Ketika siasatan dilakukan, keadaan Heche dilaporkan teruk selepas ditarik anggota bomba Los Angeles dalam kereta miliknya yang terbakar. Wakil pelakon I Know What You Did Last Summer berkata Heche mengalami kecederaan paru-paru yang teruk dan memerlukan pengudaraan mekanikal, selain kesan melecur yang memerlukan pembedahan.

    Terdahulu, portal TMZ memperoleh video menunjukkan Heche memandu dalam keadaan laju menyusuri jalan belakang yang sunyi terletak di kawasan kejiranan berdekatan Pantai Venice. Seorang saksi kejadian melihat sebuah kereta memecut laju, sebelum mendengar bunyi rempuhan kuat beberapa saat kemudian.

    “Saya mengambil masa selama beberapa saat untuk memastikan apa yang saya dengar. Saya berlari keluar ke arah jalan untuk mencari di mana kemalangan berlaku, mungkin memerlukan bantuan.

    “Apabila tiba di tempat kejadian, saya melihat dinding rumah hilang dan serpihan merata-rata, malah, kereta Heche sudah menembusi dinding kediaman itu.

    Dilaporkan, seramai 59 anggota bomba mengambil masa lebih satu jam untuk memadamkan kebakaran. – Agensi

    Anne Heche kini dalam keadaan koma dan kritikal setelah kenderaannya terlibat kemalangan, menyebabkan pelakon Hollywood itu melecur. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...