Ansu Fati beri kemenangan Barcelona

MILAN, 11 DIS – Inter Milan terkeluar daripada Liga Juara-Juara kelmarin dengan tewas di laman sendiri 2-1 kepada pasukan Barcelona.

Pemain muda Ansu Fati menjaringkan gol kemenangan Barcelona empat minit sebelum perlawanan tamat selepas pemain Inter, Romelu Lukaku menyamakan gol pembukaan daripada penampilan pertama Carles Perez dalam Liga Juara-Juara. Pemain berusia 17 tahun itu, menjadi penja-ring gol termuda dalam sejarah Liga Juara-Juara.

“Mereka adalah dua pemain muda yang menyertai pasukan untuk pertama kali tahun ini, mereka masih muda, sangat muda bagi kes Ansu.” Kata jurulatih Barcelona, Ernesto Valverde. “Inter mempunyai pemain pertahanan yang berpengalaman, yang biasanya sukar untuk ditewaskan, tetapi Carles adalah pemain yang memiliki gol dalam darahnya dan Ansu adalah penjaring gol yang baru lahir.

Inter yang mempunyai tiga gol yang dinafikan kerana offside, perlu menunggu keputusan perlawanan Borussia Dortmund menentang Slavia Prague untuk mara ke kelompok 16 tetapi pasukan Jerman menang 2-1. – AP

Aksi Ansu Fati ketika menjaringkan gol untuk pasukannya semasa perlawanan Kumpulan F, Liga Juara-Juara di antara Inter Milan dan Barcelona di Stadium San Siro, Milan, Itali. – AP