Ant Group akan kumpul AS$34 bilion dalam rekod IPO

BEIJING, 26 OKT – Ant Group, unit kewangan syarikat e-dagang China, Alibaba berkata hari ini ia merancang untuk mengumpulkan AS$34 bilion dalam penyenaraian bersama Asia, menjadikan ia tawaran awam awal (IPO) terbesar dalam sejarah.

Wang tunai itu akan dikumpulkan daripada pengapungan berasingan antara Hong Kong dan Shanghai yang jauh lebih tinggi daripada AS$29 bilion diperolehi oleh Saudi Aramco pada Disember.

Syarikat Ant Group mengendalikan Alipay, sistem pembayaran online di China, di mana wang tunai, cek dan kad kredit telah lama ditenggelami oleh peranti e-pembayaran dan aplikasi. – AFP

Gambar yang diambil pada 13 Oktober menunjukkan ibu pejabat Ant Group di Hangzhou, wilayah Zhejiang timur China. – AFP