Antara matlamat dan percintaan

Ulasan siri TV oleh Zulkamal Haji Kamis

Saluran VIU Malaysia telah melancarkan siri baharu mereka yang berjudul Black dan diadaptasikan daripada drama Korea Selatan yang terkenal. Drama Black ini dibintangi oleh pelakon hebat dari Malaysia iaitu Kamal Adli, Siti Saleha dan Nabila Huda.

Drama Black ini baru sahaja disiarkan pada 17 Disember lalu dan diarahkan oleh Razaisyam Rashid dan Kroll Azri, manakala skrip pula di tulis oleh Bernice Low. Drama baharu ini diselenggarakan di bawah produksi Alpha47 Films.

Selain dibintangi oleh Kamal Adli, Siti Saleha dan Nabila Huda, drama Black ini turut menampilkan Zoey Rahman, Khir Rahman, Rashidi Ishak, Zahim Albakri, Pablo Amirul, Riz Amin dan Josiah Hogan.

Drama Black yang berkonsepkan sains fiksyen, fantasi, konflik dalaman diri dan percintaan ini dijangka akan mempunyai lapan episod dan disiarkan melalui saluran aplikasi VIU Malaysia.

Kronologi ringkas

Drama Black ini mengisahkan mengenai makhluk bunian yang diarahkan untuk memburu rakan mereka yang telah melarikan diri ke alam manusia iaitu Black.

Black yang dilakonkan oleh Kamal Adli yang juga dikenali Malik dalam drama ini telah jatuh cinta kepada manusia iaitu seorang wanita yang bernama Sofia di mana Sofia mempunyai keupayaan istimewa untuk meramal kematian.

Kemudian Sofia dan Malik bersama-sama terlibat dalam menyelesaikan kes pembunuhan yang belum selesai selama 20 tahun. Apakah yang terjadi kepada perjalanan Malik dan Sofia, anda boleh saksikan drama Black di aplikasi VIU Malaysia.

Drama Black ini mengisahkan mengenai makhluk bunian yang diarahkan untuk memburu rakan mereka yang telah melarikan diri ke alam manusia iaitu Black. – Gambar oleh Kamal Adli