ULASAN BUKU OLEH RAZ AS
DIPENUHI dengan magis dan emosi, novel karya Lisa Jensen berjudul Beast: A Tale of Love and Revenge akan membuatkan pembaca mempersoalkan tentang pengetahuan mereka tentang kejelitaan, kejahatan dan kebahagiaan yang berpanjangan.
Ramai mengatakan Chateau Beaumont telah disumpah, namun bagi si gadis tukang gaji, Lucie, enggan mempercayai kisah karut mengenai Jean-Loup Christian Henri LeNoir, Chevalier de Beaumont, pemilik estet tersebut.
Namum apabila kekejaman Jean-Loup akhirnya terbongkar, Lucie bersumpah ingin melihat dia sengsara. Seorang pendeta telah mengabulkan permintaan Lucie, dengan manteranya, Jean-Loup telah bertukar menjadi makhluk berupa seperti raksasa, Beast, mencerminkan sifat dalamannya yang seperti raksasa itu.
Walau bagaimanapun, sikap Beast sama sekali berlawanan dengan pemilik estet tersebut.

Jean-Loup tidak akan pernah menjaga kebun rosnya dengan tekun, dia tidak akan pernah meminati puisi dan dia tidak akan pernah menyesal terhadap perkara buruk yang telah dibuatnya terhadap Lucie.
Sedikit demi sedikit, Lucie mula menyedari bahawa Beast adalah makhluk yang berlainan daripada pemilik estet yang kacak itu, yang mempunyai hati dan perasaan seperti manusia lebih daripada Jean-Loup.
Lucie mula berharap yang Beast akan selamanya menggantikan tempat Jean-Loup yang kejam, sehinggalah kedatangan seorang jelitawan di estet Beast yang mampu memecahkan sumpahan tersebut.