Antetokounmpo mantap, Bucks menang

LOS ANGELES, 10 Jan – Calon bagi Pemain Paling Bernilai (MVP), NBA dari Milwaukee, Giannis Antetokounmpo menghasilkan 27 mata untuk menerajui pasukan Bucks bagi kemenangan 116-109 awal pagi tadi ke atas pasukan yang diketuai pemain MVP pada masa ini, James Harden dan pasukan Houston Rockets.

Antetokounmpo mencatat 21 rebound dan beraksi mantap dengan mempamerkan aksi fizikal dalam gelanggang ketika pasukan Bucks kembali bangkit dari defisit suku pertama 60-54 untuk menamatkan 10 kemenangan berturut-turut Rockets.

“Dia melakukan segalanya,” kata jurulatih Bucks, Mike Budenholzer mengenai Antetokounmpo, yang menghasilkan 11 dari 14 percubaan lontaran bebasnya.

“Dia memiliki impak besar untuk kemenangan ini.”

Pasukan Bucks mendahului sehingga 15 pada suku keempat, tetapi Harden dan Rockets mengurangkan pendahuluan itu kepada tiga dalam perlawanan yang berbaki kurang dua minit.

Antetokounmpo (tengah) merebut bola rebound antara dua pemain Houston semasa pusingan kedua perlawanan NBA, di Houston Texas. – AP

Selepas kehilangan lontaran bebas dengan perlawanan berbaki 1:39, Antetokounmpo keluar daripada masa rehat dan menghasilkan jaringan dua mata untuk mengekalkan Bucks mendahului dengan empat mata.

Selepas Harden melepaskan bola, kemudian mendapatkannya semula dengan steal, hanya terlepas untuk jaringan three-pointer, Antetokounmpo memastikan penguasaan Bucks sebelumnya menghasilkan beberapa mata ketika dia bangkit untuk menyudahkan mata yang terlepas oleh Khris Middleton.

Harden, yang menamatkan perlawanan dengan 42 mata dan 11 rebound, terlepas satu lagi three-pointer dan Bucks bertahan untuk membawa rekod mereka kepada 29-11, peratusan mata di depan Toronto Raptors 31-12 bagi rekod terbaik dalam liga. Malcolm Brogdon menambah 24 mata, menghasilkan sembilan dari 12. Kesemua jaringan hadir daripada kerja keras, di mana Bucks meninggalkan Rockets 70-24.

Di Boston, pasukan Celtic mendahului sehingga 31 mata dalam kemenangan 135-108 ke atas Indiana Pacers.

Pasukan Celtic mencatatkan kemenangan keempat mereka, yang mana kesemuanya hadir sebelum mereka memulakan perjalanan ke Miami awal pagi esok.- AFP