Tuesday, October 4, 2022
26.2 C
Brunei

Antetokounmpo pimpin Bucks belasah Bulls

-

LOS ANGELES, 28 APRIL – Giannis Antetokounmpo menjaringkan 33 mata ketika Milwaukee Bucks menewaskan Chicago Bulls untuk menyempurnakan siri kemenangan 4-1 dalam perlawanan playoff NBA kelmarin.

Antetokounmpo mencatat prestasi terbaik, menjaringkan 11 daripada 15 percubaan dari dalam gelanggang dan menamatkan dengan sembilan rebound ketika juara bertahan NBA tersebut menang 116-100 di Forum FiServ.

“Saya hanya mahu menetapkan rentak permainan, keluar dan bermain bersungguh-sungguh,” kata Antetokounmpo selepas itu. “Kadang-kadang apabila awda memperoleh 15 atau 20 mata, awda mula cuai dalam permainan, atau tidak bermain bersungguh-sungguh.

Antetokounmpo menerima sumbangan mata jaringan daripada Pat Connaughton dengan 20 mata manakala Bobby Portis melakukan double-double dengan 14 mata dan 17 rebound.

Ia merupakan satu lagi kemenangan untuk Milwaukee selepas kemenangan dengan margin dua angka yang besar dalam perlawanan tiga dan empat dari tujuh siri perlawanan.

Aksi Giannis Antetokounmpo (kanan) sebelum melakukan percubaan menjaring semasa perlawanan siri playoff NBA di Fiserv Forum. – AFP

Milwaukee sekarang mara ke peringkat separuh akhir di Eastern Conference yang akan menentang pasukan Boston Celtics pada minggu hadapan.

Milwaukee kini semakin hampir untuk meraih siri tersebut dengan penuh keyakinan selepas menewaskan pasukan pilihan keenam, Chicago dengan mudah.

Pasukan Bucks mendahului 20-7 pada awal suku pertama dan kekal selesa di hadapan Chicago untuk baki perlawanan yang berat sebelah.

Pendahuluan Milwaukee meningkat kepada 29 mata pada suku kedua perlawanan walaupun Chicago merapatkan jurang kepada 11 mata pada awal suku ketiga, satu lagi jaringan yang menyaksikan Bucks melonjak kepada 91-68 untuk mara ke suku terakhir.

Bintang Chicago DeMar DeRozan hanya memperoleh 11 mata manakala Patrick Williams mengetuai penjaring Bulls memperoleh 23 mata. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

PBB: 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan

ISLAMABAD, 3 OKT – Agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kira-kira 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan serius dalam masa...
- Advertisment -