Antetokounmpo tersenarai calon MVP

LOS ANGELES, 9 OGOS – Pemain Paling Berharga (MVP) NBA, Giannis Antetokounmpo telah disenaraikan bersama-sama pemain bintang Los Angeles Lakers LeBron James dan MVP 2018, James Harden sebagai calon akhir pemenang anugerah tersebut tahun ini kelmarin.

Antetokounmpo, yang minggu lalu membantu Milwaukee Bucks untuk merampas kedudukan teratas di Eastern Conference, merupakan pilihan utama untuk memenangi MVP dua tahun berturut-turut di hadapan pemenang empat kali, James.

Pemain asal Greece berusia 25 tahun turut dicalonkan sebagai pemain pertahanan terbaik tahunan NBA bersama pemain Lakers, Anthony Davis dan Rudy Gobert dari Utah.

Jurulatih Bucks, Mike Budenholzer turut terpilih sebagai salah seorang dari tiga pencalonan sebagai jurulatih terbaik tahunan, bersama jurulatih Oklahoma City, Billy Donovan dan Nick Nurse dari Toronto.

Budenholzer dan Donovan baru-baru ini berkongsi anugerah jurulatih terbaik Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan.

Zion Williamson dari New Orleans Pelicans menjuarai anugerah pemain baharu tahunan bersama pemain Miami Heat, Kendrick Nunn dan Ja Morant dari Memphis Grizzlies.

Dalam kategori lain, Luka Doncic dari Dallas Mavericks dinobatkan sebagai pemain yang paling meningkat bersama pemain Pelicans, Brandon Ingram. Bam Adebayo dari Miami turut dicalonkan.

Pemilihan kesemua anugerah adalah berdasarkan perlawanan musim yang dimainkan sehingga 11 Mac, apabila pandemik koronavirus telah memaksa liga digantungkan selama empat bulan, dan tidak mengambil kira persembahan sejak liga disambung semula dalam gelembung NBA di Orlando.- AFP