Thursday, April 24, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Antoine Griezmann palit garam ke luka Sevilla

    MADRID, 20 Mac – Antoine Griezmann menjadi arkitek bagi jaringan pembukaan Diego Godin dan kemudian menjaringkan gol menerusi satu sepakan percuma menarik ketika Atletico Madrid melengkapkan minggu yang mahu dilupakan Sevilla dengan kemenangan 3-1.

    Koke menambah bagi jaringan ketiga Atletico, sebelum Joaquin Correa menjaringkan gol sagu hati bagi Sevilla.

    Sevilla telah disingkirkan dari Liga Juara-Juara oleh lawan Atletico di suku akhir nanti, Leicester City, dan telah menyaksikan pendahuluan mereka ke atas Atletico kini menjadi dua mata.

    Tiga kemenangan liga berturut-turut telah melonjakkan pasukan Diego Simeone kelebihan tujuh mata di depan Real Sociedad dan Villarreal bagi perebutan kedudukan keempat.

    “Kami telah memenangi tiga mata penting, yang telah mengubah objektif kami,” kata kapten Atletico, Gabi.

    Penyerang Atletico Madrid, Antoine Griezmann meraikan jaringannya ketika menentang pasukan di tangga ketiga La Liga, Sevilla. – AFP
    Penyerang Atletico Madrid, Antoine Griezmann meraikan jaringannya ketika menentang pasukan di tangga ketiga La Liga, Sevilla. – AFP

    “Cabaran bagi kedudukan keempat sudah dikira selesai, kami menyasarkan kedudukan ketiga.”

    Dan para penyokong Atletico juga meraikan aksi kembali Fernando Torres buat pertama kali sejak insiden berlaga kepala ketika menentang Deportivo la Coruna.

    Kekalahan secara realistiknya mengakhiri percubaan Sevilla untuk kejuaraan liga, mereka kini ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu Real Madrid.

    Dan jurulatih Jorge Sampaoli mendakwa dia perlu mencari semula ‘Sevilla sebenar’ ketika rehat antarabangsa selepas empat kekalahan tanpa menang.

    “Secara logiknya kejuaraan sudah jauh. Kini kami perlu melihat pada kelayakan automatik Liga Juara-Juara,” kata warga Argentina itu.

    “Ia adalah normal jika anda tidak mencapai sesuatu yang anda mahu, iaitu kemenangan, terdapatnya kekecewaan dan rasa pahit.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda