Antonio Conte mahu 10 tahun pada tahap tertinggi

LONDON, 8 Jan – Pengurus Chelsea, Antonio Conte mahu kekal berada dalam pengurusan peringkat tertinggi bagi sekurang-kurangnya sedekad lagi, tetapi bimbang isterinya mungkin ada idea lain.

Warga Itali itu, yang telah mengemudi Chelsea ke puncak Liga Perdana, berkata tokoh seperti Alex Ferguson di Manchester United dan pengurus Arsenal pada masa ini, Arsene Wenger telah menetapkan garis ukur dalam pengurusan.

“Anda bercakap mengenai dua gergasi, dua pengurus terhebat,” kata Conte.

“Saya harap untuk, bukan kerjaya sepenuh mereka, tetapi 10 tahun. Ia cukup untuk saya. dua puluh tahun lagi? Sekarang saya berusia 47 tahun. Saya jangka isteri saya (Elisabetta) tidak suka mendengarnya.”

Chelsea, mempunyai kelebihan lima mata di puncak Liga Perdana, akan melayan Peterborough dalam pusingan ketiga Piala FA dan dilihat mahu kembali bangkit selepas rekod 13 kemenangan berturut-turut mereka berakhir baru-baru ini di Tottenham. – AFP