Thursday, December 7, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Antony mungkin kembali beraksi – Ten Hag

    LONDON, 2 OKT – Pengurus Manchester United, Erik ten Hag, telah menyatakan bahawa Antony berpotensi kembali beraksi dalam perlawanan Liga Juara-Juara menentang Galatasaray di laman sendiri esok, meskipun penyiasatan polis berterusan mengenai dakwaan penderaan terhadap pemain Brazil itu.

    Pemain sayap berusia 23 tahun itu, yang dengan tegas menafikan tuduhan tersebut, diberikan cuti oleh Manchester United pada 10 September lalu.

    Beliau kembali ke England minggu lepas dan menghadiri sesi temu bual sukarela dengan Polis Greater Manchester pada Khamis.

    Antony menjalani latihan pada hujung minggu lepas dan kini berpotensi bermain dalam perlawanan menentang juara Turkiye, Galatasaray, di Old Trafford sebulan selepas penampilan terakhirnya melawan Arsenal.

    “Antony akan dipertimbangkan, tetapi semalam adalah kali pertama dia kembali berlatih bersama pasukan,” kata pengurus United Ten Hag dalam sidang media sebelum perlawanan pada Isnin.

    “Kami akan mengadakan latihan terakhir dan kemudian membuat keputusan, tetapi dia akan dipertimbangkan, ya.”

    Antony menghadapi beberapa tuduhan berkaitan serangan fizikal terhadap bekas kekasihnya, Gabriela Cavallin, yang bercakap kepada media Brazil awal bulan ini.
    – AFP

    Erik Ten Hag ketika menghadiri sidang media di padang latihan Carrington, Manchester, utara England, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China jadi contoh dunia bagi hak asasi manusia

    BEIJING, 5 DIS – China kelmarin menganjurkan seminar sempena ulang tahun ke-75 Deklarasi Hak Asasi Manusia Dunia di Beijing yang disertai lebih 70 peserta...