Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Anuar kecewa warganet tak sensitif

    Seperti selebriti lain, penyanyi Anuar Zain, 52, akur dengan keberkesanan media sosial sebagai platform mendekatkan diri dengan peminat dan mempromosikan produk.

    Mula berjinak-jinak dengan dunia media sosial apabila membuka akaun Instagram (IG) sejak enam tahun lalu, Anuar kini sudah ada akaun TikTok yang diwujudkan atas tujuan sama.

    “Aplikasi TikTok sangat efisien kerana ia digunakan ramai pengikut seluruh dunia. Ia bukan sahaja untuk generasi muda, malah golongan mak cik juga ramai memiliki akaun TikTok.

    “Selalunya aplikasi ini digunakan untuk menyalurkan informasi dan mengembangkan bisnes. Saya juga tidak berkecuali apabila memanfaatkan platform ini berkongsi kandungan seperti video nyanyian dan maklumat penting berkaitan kerjaya seni.

    “Cuma, saya seorang yang ‘old school’, lebih suka menggunakan kaedah lama dengan mengadakan sidang media jika ada perkara penting berkaitan kerjaya seperti konsert dan pembikinan single baharu untuk diuar-uarkan.

    Di sebalik kepercayaan diletakkan terhadap platform media social, Anuar meluahkan kekecewaan terhadap segelintir warganet yang tidak sensitive ketika menulis komen. – Agensi

    “Saya lebih suka berjumpa wartawan secara berdepan. Ini kerana saya percaya hubungan sesama manusia sangat penting berbanding hanya melihat dalam skrin telefon bimbit.

    “Hanya selepas berkongsi berita baharu bersama wartawan barulah saya umumkan dalam media sosial untuk pengetahuan pengikut,” katanya kepada wartawan.

    Di sebalik kepercayaan diletakkan terhadap platform media sosial, pemilik nama lengkap Shahrul Anuar Zain itu turut meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir warganet yang tidak sensitif ketika menulis komen.

    “Saya pernah ternampak ada menulis komen berbaur jenaka pada entri seseorang yang berkongsi mengenai kehilangan orang tersayang.

    “Ada juga warganet seolah-olah menganggap kesedihan sebagai sesuatu yang lucu. Di manakah sifat kemanusiaan?

    “Itu belum masuk soal mencemuh orang sesuka hati, seolah-olah tiada hari esok buat mereka. Warganet tidak sedar perbuatan itu menjadi cermin sikap mereka dan keluarga,” tambahnya lagi. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...