Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Anugerah Duta China dorong penglibatan belia tempatan

    Oleh Nurdiyanah R.

    Anugerah Duta China merupakan program yang diadakan secara bersepadu di antara Kedutaan Republik Rakyat China di Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Pendidikan.

    Para peserta terdiri daripada pelajar dari lima institusi pendidikan di negara ini termasuk Politeknik Brunei (PB). Menerusi program bersepadu berkenaan, syarikat-syarikat negara China telah bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi tempatan untuk melatih belia-belia tempatan yang bukan sahaja berbakat, malahan berminat dengan kebudayaan, pembangunan ekonomi dan teknologi China bagi memenuhi kehendak kemajuan kepelbagaian ekonomi.

    Berkesempatan menemui Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Yu Hong, berharap Anugerah Duta China akan memperkukuhkan lagi pendidikan negara dan mencapai Wawasan Brunei 2035.

    “Ini adalah kali pertama kami menyampaikan anugerah kepada pelajar-pelajar PB di mana penyerahan anugerah berkenaan adalah sebahagian daripada inisiatif untuk menggalakkan pelajar menyumbang kepada negara,” ujarnya lagi.

    Seramai 14 orang pelajar PB menerima Anugerah Duta China semasa Majlis Konvokesyen PB ke-8 tahun 2022 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, pada penghujung Oktober lalu.

    Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh menyampaikan anugerah kepada Awang Azib semasa Majlis Konvokesyen PB ke-8 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, pada penghujung Oktober lalu. – Gambar oleh Bahiyah Bakir
    Awang Azib semasa ditemui Media Permata.

    Jelasnya, Negara Brunei Darussalam dan China mempunyai kerjasama dua hala yang sangat baik dan pendidikan adalah sebahagian daripadanya. China juga mempunyai kerjasama yang sangat baik dengan pelbagai universiti dan kolej di negara ini termasuk Kementerian Pendidikan.

    Sementara itu, salah seorang penerima Anugerah Duta China, Awang Azib bin Mohammad, berkata, adalah satu penghormatan untuk menerima pengiktirafan itu di mana bagi beliau ia adalah satu anugerah yang menakjubkan dalam mengiktiraf usaha, pencapaian dan kejayaan dirinya bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain.

    “Kami menghadapi banyak cabaran, terutamanya semasa pandemik di mana kami terpaksa belajar dalam talian. Seseorang itu perlu bekerja dengan bijak, berdisiplin dalam pelajaran, mengetahui matlamat awda dan mengimbangi kehidupan dengan melibatkan diri dalam aktiviti lain,” tambahnya.

    Justeru itu, Anugerah Duta China diperkenalkan untuk mendorong lebih ramai lagi pelajar tempatan melibatkan diri, terutama dalam kerjasama dua hala, iaitu di bawah rangka kerja Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

    Di samping itu, ia juga bertujuan untuk menyuntik inspirasi belia berbakat yang memiliki prestasi cemerlang, agar sentiasa bergiat aktif menyumbang dalam pembangunan negara, serta mempromosikan kerjasama yang praktikal antara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...