Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Anugerah Grammy dijadual semula

    Anugerah Grammy 2022 telah dijadualkan semula pada April ini selepas ditangguhkan akibat krisis COVID-19, lapor Sputnik, memetik kenyataan akhbar Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Rakaman Harvey Mason.

    “Saya berbesar hati mengumumkan bahawa Anugerah Grammy tahunan ke-64 telah dijadualkan semula dan bakal bersiaran secara langsung dari MGM Grand Garden Arena di Las Vegas pada Ahad, 3 April,” kata Mason pada Selasa.

    Majlis anugerah muzik berprestij selama 3.5 jam itu akan disiarkan secara langsung di CBS bermula jam 8 malam waktu tempatan dengan pengacaranya Trevor Noah dari program The Daily Show, menurut kenyataan itu.

    Akademi Rakaman dan CBS pada awal Januari mengumumkan penangguhanan acara itu yang sepatutnya berlangsung pada 31 Januari, berikutan kes membabitkan varian Omicron yang terus meningkat. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...