MONACO, 25 Ogos – Cristiano Ronaldo telah dinamakan Pemain Terbaik UEFA bagi musim 2016-2017 semalam selepas satu kempen yang menyaksikan bintang Portugal itu membantu Real Madrid menjuarai gelaran berganda La Liga dan Liga Juara-Juara.
Ia adalah kali ketika Ronaldo memenangi anugerah itu, yang mana disampaikan ketika undian peringakat kumpulan Liga Juara-Juara.
Pesaing ketatnya, Lionel Messi, telah memenangi anugerah itu sebanyak dua kali dan mungkin memberikan laluan kepadanya untuk meraih gelaran Ballon d’Or kelima.
“Terdapat beberapa matlamat yang sama setiap tahun, menghadapi cabaran yang sama, memenangi semua semampunya, melayakkan diri ke Piala Dunia bersama pasukan kebangsaan saya,” kata Ronaldo.
“Trofi ini akan memberikan saya motivasi untuk lebih bekerja keras, tidak pernah berputus asa. Saya bersyukar dan teruja untuk bersama Real Madrid.”
Ronaldo memenangi anugerah UEFA pada tahun 2013-2014 dan 2014-2016 dan Liga Juara-Juara musim lepas, di mana Real menewaskan Juventus 4-1 di final, dia menamatkan kejohanan sebagai penjaring terbanyak dengan 12 gol.
Penjaga gol Juventus dan kapten Gianluigi Buffon meraih tempat kedua undian di depan Messi. – AFP