Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Anwar: Belum ada keputusan pelantikan PM

    KUALA LUMPUR, 22 NOV – Belum ada sebarang keputusan berkaitan pelantikan perdana menteri ke-10 serta pembentukan kerajaan Persekutuan baharu pasca-Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) setakat ini, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar-Bernama).

    Beliau berkata pada sesi meng-hadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, Seri Paduka menitahkan perlu ada pakatan serta kerjasama daripada semua pihak supaya kerajaan baharu dibentuk secara kukuh demi kepentingan rakyat dan pemulihan ekonomi.

    Anwar berkata Agong bertitah supaya kerajaan yang akan ditubuhkan kelak, harus mewakili semua pihak, semua kaum dan semua wilayah.

    “Tiada apa-apa keputusan lagi setakat ini. Selalunya kita secara hormat tidak bagi ketetapan, hanya meminta pertimbangan dan kebijaksanaan Agong (untuk pelantikan Perdana Menteri ke-10 dan pembentukan kerajaan),” katanya pada sidang media di hadapan Pintu 2, Istana Negara di sini hari ini.

    Terdahulu, Anwar dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap Al-Sultan Abdullah di Istana Negara selama kira-kira sejam.

    Ditanya nama yang dikemukakan setakat ini, Anwar yang memenangi kerusi Parlimen Tambun pada PRU15, Sabtu mengesahkan nama beliau sebagai calon Perdana Menteri ke-10 telah dipersembahkan kepada Istana Negara setakat ini.

    Anwar juga berkata setakat ini tidak timbul isu mengenai pembentukan kerajaan minoriti.

    “Mengulas sama ada terdapat cadangan untuk membentuk kerajaan minoriti, beliau berkata: “Buat masa ini tidak timbul soal membentuk kerajaan minoriti.” – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...