Sunday, December 15, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anwar bertemu Agong, senarai 120 penyokong belum terungkai

    KUALA LUMPUR, 13 OKT – Sesi menghadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang ditunggu-tunggu hari ini masih tidak dapat merungkai ‘mainan’ angka yang kekal menjadi tanda tanya.

    Kehadirannya di Istana Negara pagi tadi ditambah sidang media ‘pengumuman penting’ tidak berjaya memberi apa-apa bayangan kukuh mengenai sebarang perubahan kepada kerajaan Persekutuan.

    Malah persoalan mengenai senarai nama lebih 120 Ahli Parlimen yang didakwa Anwar memberi sokongan kepadanya turut tidak terjawab, selepas ia tidak didedahkan beliau dalam sidang media khasnya beberapa jam selepas sesi menghadap Seri Paduka.

    Presiden PKR itu dalam sidang media juga turut mendakwa bahawa Al-Sultan Abdullah memerlukan tempoh untuk memanggil semua ketua parti untuk mengesahkan dokumen ‘sahih’ sokongan terhadapnya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda