Anwar dakwa Muhyiddin mahu isytihar darurat

KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 23 OKT – Pemimpin pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim hari ini mengatakan beliau bimbang mengenai laporan yang perdana menteri mahu mendapatkan pengisytiharan darurat bagi memerangi koronavirus, mengatakan Muhyiddin kemungkinan besar mahu menggantung parlimen agar beliau boleh mengekang usaha menyingkirkan kerajaannya.

Media tempatan melaporkan Muhyiddin Yassin berusaha mendapatkan pengisytiharan darurat negara dalam usaha menggantung parlimen bagi menumpukan langkah menangani penularan koronavirus yang semakin meningkat. Spekulasi itu semakin panas apabila beliau mengadakan mesyuarat khas kabinet hari ini kemudian menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Agong boleh mengisytiharkan darurat negara yang membolehkan negara ditadbir melalui ordinan yang tidak boleh dicabar di mahkamah. Anwar menghadap Agong minggu lalu bagi meyakinkan Agong bahawa beliau mempunyai cukup sokongan untuk menggulingkan Muhyiddin yang kerajaannya hanya mempunyai majoriti dua kerusi di parlimen.

Sebarang perintah darurat jelas memastikan kerajaan terus berkuasa. “Kita mempunyai sebuah kerajaan yang kurang legitimasi dan tahu ia akan gagal meraih sokongan majoriti parlimen dan menggunakan krisis COVID-19 untuk penyalahgunaan kuasa,” kata Anwar. – AP