Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    Anzalna fokus pada keluarga

    Meskipun kelibatnya kini jarang kelihatan di kaca televisyen mahupun acara-acara hiburan, pelakon, Anzalna Nasir mengakui tidak pernah hilang dari radar dunia seni tanah air.

    Cuma selepas bergelar ibu, bintang drama Dendam Aurora itu memperlahankan langkahnya dalam kerjaya kerana mahu memberi tumpuan kepada keluarga dan anak-anak.

    Selesa menjalani rutin sebagai ibu kepada Mohamad Eidress, 3, Mohamad Emirhan, 10 bulan, tanpa mendapatkan khidmat pembantu, Anzalna akur melepaskan beberapa tawaran berlakon buat sementara waktu.

    “Kehidupan saya berubah 100 peratus selepas bergelar ibu. Daripada seorang anak, kini dua, saya gembira dapat menguruskan mereka sendiri di rumah, tanpa mengambil pembantu.

    “Sejak ada anak, fokus utama saya adalah keluarga. Malah saya sanggup tolak banyak tawaran berlakon kerana anak. Saya jenis ibu yang begitu. Anak adalah segala-galanya.

    Anzalna mahu memberikan tumpuan kepada keluarga. – Agensi

    Suami tidak pernah meletakkan sebarang syarat, tetapi saya sendiri yang mengambil pendekatan itu,” ujarnya kepada wartawan.

    Berkongsi sambutan Ramadan pada tahun ini, finalis Dewi Remaja edisi 2009/2010 mengakui kesibukannya berganda untuk memastikan semua keperluan keluarga diuruskan dengan baik, selain tanggungjawab lain yang turut tergalas di bahunya.

    “Ramadan tahun lalu, saya sedang hamil anak kedua dan saya hanya fokuskan pada kandungan sahaja. Tahun ini kesibukannya pasti berganda, tetapi saya sudah bersedia.

    “Sejak dulu saya memang sentiasa teruja menantikan Ramadan dan perasaan itu menjadi lebih lagi apabila sudah bergelar isteri dan ibu. Saya harap Ramadan kali ini dapat dijalani dengan penuh makna,” kata wanita berusia 35 tahun itu lagi. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...